Monday, July 8, 2013

Zizan Razak punyai ciri-ciri lelaki idaman saya - Emma Maembong

emma maembong (1)Kerana kehadiran Emma Maembong pada majlis hari jadi Zizan, menyebabkan ramai pihak berpendapat

Emma adalah permaisuri yang berjaya menakluki hati pelakon Hantu Kapcai itu.

Emma mengakui Zizan mempunyai ciri-ciri lelaki lelaki idamannya iaitu pandai membuat lawak, namun dia menegaskan hubungan mereka berdua yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan rapat sahaja.
"Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan.


Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive