Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, July 28, 2013

Pelakon Noniswara akui serik berkahwin, kini tak percaya lelaki

 

NoniswaraSelepas lebih setahun bertungkus-lumus menyelesaikan kes penceraiannya dengan

Datuk Rosman Ridzwan di mahkamah yang sering tertangguh sebelum ini, akhirnya mereka berdua sah bercerai menerusi lafaz taklik pada 18 Julai lalu.

Menurut Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 44, dia kini akui hidup lebih tenang dan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tiga anaknya yang sedang membesar selain tumpuan kepada kerjaya lakonannya.

"Setahun saya naik turun mahkamah bagi menyelesaikan kes ini dan akhirnya saya mampu menarik nafas lega kerana semuanya telah selesai. Walaupun sedih mengenangkan pengakhiran rumah tangga kami tetapi saya berasa lebih tenang sekarang dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya dan anak-anak."

Terdahulu, Nonis telah membuat tuntutan cerai taklik pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tindakan itu dibuat selepas suaminya meninggalkan rumah sejak 5 September 2012 tanpa memberikan nafkah yang sepatutnya.

Dalam perkembangan sama, Noniswara mengakui sejak bercerai dengan Rosman, dia tidak terfikir untuk mencari pengganti lain dan lebih selesa hidup sendirian. Dia kini tidak mahu lagi mengharapkan sokongan dari lelaki.

"Bukan serik tetapi ia bukan fokus saya lagi kerana paling penting kerjaya dan anak-anak diutamakan."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive