Friday, July 26, 2013

Biodata 4 Gadis Islam dilarang sertai Miss World Malaysia 2013

empat gadis islamUmum mengetahui empat gadis cantik beragama Islam yang nekad bertanding dalam perebutan gelaran Miss World Malaysia 2013 telah

dibatalkan penyertaaan mereka oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana melanggar fatwa yang dikeluarkan pada 1996.

Berikut ialah biodata ringkas dan sekeping gambar setiap peserta ratu cantik ini sebagai informasi dan tatapan korang semua. Memang keempat-empat mereka cantik dan menawan. Tak dapat bertanding pun bukan masalah sebenarnya.



Nama : Wafa Johanna De Korte

Umur : 19 Tahun

Asal : Kuala Lumpur

Keturunan : Kacukan Belanda dan Melayu

Kerjaya : Terlibat dalam iklan televisyen sejak berusia 5 tahun

Komen : “Semua orang hidup aman dan ia amat menakjubkan untuk melihat kita hidup harmoni.”



Nama : Sara Amelia Muhammad Bernard

Umur : 20 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Keturunan : Ibu kacukan British dan Melayu, Bapa kacukan Iban dan Jerman

Kerjaya : Memulakan karier sebagai model apabila menyambung pengajian di Kolej Taylor Sri Hartamas.

Komen : “Saya mempunyai rakan-rakan dari pelbagai kaum dan mempunyai peluang untuk belajar mengenai adat dan kepercayaan. Saya juga menyukai kepelbagaian makanan di Malaysia.”



Nama : Miera Sheikh

Umur : 19 Tahun
Asal : Menetap di Singapura sejak kecil sebelum berpindah semula ke Malaysia
Keturunan : Kacukan Melayu dan Arab

Kerjaya : Terlibat dalam bidang peragaan sejak di Tingkatan 3

Komen : -



Nama : Kathrina Ridzuan

Umur : 23 Tahun
Asal : Selangor
Keturunan : Kacukan Inggeris dan Melayu
Kerjaya : Pernah muncul sebagai model untuk beberapa iklan
Komen : -

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive