Selepas mencipta nama di Shanghai, China, penyanyi berbakat besar,
Nurshahila Amir Hamzah atau Shila Amzah terpaksa membuat pengorbanan apabila terpaksa beraya di sana menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut lebih kurang seminggu sahaja lagi.
Shila memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebook miliknya, baru-baru ini.
“Assalamualaikum, sekarang baru ada peluang nak online. Sha (Shila) sekarang di Shanghai.
“Sha akan beraya di Shanghai… Sha sangat rindukan Malaysia,” tulisnya.
Tidak mengapalah Shila, mungkin sudah tertulis rezeki anda di sana. Teruskan berjuang dan berkarya untuk mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
No comments:
Post a Comment