Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, July 23, 2013

Pekin Nafi Putus Cinta, Bakal Kahwini Uqasha Tahun Depan

7222013_pekinafiputus-aGosip putus cinta antara aktor Pekin Ibrahim dengan kekasihnya Uqasha Senrose telah dinafikan oleh aktor itu sendiri, sebaliknya

Pekin berkata mereka masih bersama tanpa ada sebarang masalah.

Pekin Ibrahim berkata status laman sosial Twiiter dan Instagram milik Uqasha Sensrose yang mengundang tanda tanya itu bukan ditujukan kepadanya, malah dia turut ada bersama ketika kekasihnya menuliscaption tersebut.

"Saya terkejut dan tidak tahu bagaimana gossip ini boleh disebarkan, sedangkan hubungan saya dan Uqasha baik sahaja. Malah saya akan mengambilnya di lokasi pengambaran nanti untuk keluar makan bersama.

"Sebenarnya sejak akhir-akhir ni status dia nampak sedih tu kerana dia ada mengadu yang dia terlalu penat. Jadi dia telah berhadapan denganmental breakdown disebabkan jadual pengambaran yang penuh dan ketat.

"Saya yakin dia tak tujukan kepada saya, malah status dan puisi yang dimuat naik itu dikongsikan bersama saya sebelum dia post di Instagram," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Pekin diminta mengulas mengenai gossip putus cinta yang ditulis dalam sebuah artikel oleh Murai Batu hari ini.

Menurut pelakon Bunohan itu lagi, mana mungkin hubungan mereka boleh berantakan sedangkan mereka baru sahaja mengikat ikatan pertunangan pada 6 Julai lalu. Malah, keluarga kedua-dua belah pihak sudah bersetuju untuk menyatukan mereka dalam tempoh setahun lagi iaitu dijangkan tahun hadapan.

"Saya dan keluarga sudah pun merisik dan meminang Uqasha pada awal bulan ini. Alhamdulilah, kami mengikat tali pertunangan paling lama setahun dan InsyaAllah tidak lebih dari jangka masa itu. Namun kedua-dua belah pihak belum tetapkan tarikh untuk kami bernikah.

"Jika hendal diikutkan, kalau boleh esok juga saya mahu berkahwin dengannya tetapi kerana memikirkan dia masih baru dan sedang meningkat naik dalam bidang lakonan, saya berikan dia masa untuk kecapi impiannya dahulu," luahnya lagi.

Mengenai perkembangan terbaru, Pekin baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Tujuh dan bakal memulakan penggambaran untuk telemovie Sayang Su pada 27 Julai ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive