Setelah lama berdiam diri selepas kematian teman lelakinya yang juga bintang Glee, Cory Monteith, Lea Michele akhirnya
bersuara.
Menerusi Tweet, dia mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan kasih sayang yang diberikan oleh banyak pihak kepadanya setelah kehilangan Cory.
Cory ditemui mati di sebuah bilik hotel di Vancouver pada 13 Julai lalu kesan pengambilan alkohol dan heroin.
Selain menyatakan Cory akan sentiasa dikenang dalam hati, Lea turut mengepos gambar romantis dirinya dan Cory berlatar belakangkan suasana pantai.
No comments:
Post a Comment