Kes menghina agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi
dan ia seperti tersusun dan dari satu episod ke satu episod umpama penghinaan bersiri.
dan ia seperti tersusun dan dari satu episod ke satu episod umpama penghinaan bersiri.
Kali ini video kontroversi seorang lelaki meraikan Aidilftiri bersama tiga ekor anjing dengan berlatarbelakangkan audio Takbir Raya.
Ia dikongsikan kepada saya oleh melalui mesej di Facebook melalui seorang pengamal media sosial yang prihatin dengan perkembangan video-video sebegini.
Video dimuatnaik semalam oleh pemegang akaun acaiseven fiska, saya tidak pasti sama ada ia adalah pemuatnaik asal atau dia antara mereka yang menyebarkannya di laman youtube mereka.
Secara jujurnya kami kurang jelas mengenai motif video sebegini dihasilkan tetapi jika dilihat dari segi menghina, mencipta kekeliruan itu jelas terpapar pada video berkenaan.
Dengan takbir pada permulaan video selama 1:44 itu,kemudian muncul tiga ekor anjing yang dibawa oleh seorang lelaki memakai Baju Melayu.
Kemudiannya, lelaki ini membasuh kaki anjing yang hitam dan kemudian membasuh kakinya seolah-olah perbuatan mengambil wudhuk sebelum dia mengelap pula wajah anjing itu.
Semua adegan ini berlatarbelakangkan audio Takbir Hari Raya yang jelas mempersendakan alunan suci agama Islam ketika menyambut lebaran.
Kemudian, video ini memaparkan pula aksi si lelaki membuka kuih raya dan diletakkan di atas meja di ruang tamu sebelum di makan oleh ketiga-tiga ekor anjing tadi.
Video diakhirkan dengan pesanan “Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesis” menunjukkan kononnya perbezaan antara manusia dan haiwan.
Pada saya kenapa anjing dijadikan motif utama yang pastinya dalam kalangan umat Islam ia pasti menyentuh sensitiviti semua Muslim di negara ini.
Selepas itu, alunan takbir yang digunakan seperti disengajakan untuk menerbitkan rasa marah. Ditambah dengan kualiti penerbitan video yang jauh kurang berkualiti.
Jelas video ini dihasilkan dengan satu tujuan buruk memburuk-burukkan umat Islam, apa pula komen PAS berkenaan video ini. Bagaimana pula reaksi orang ramai.
DI MANA PERANAN PEMANTAU SUKARELA SEMUT??
Pada 21 Julai lalu dengar katanya ada satu pasukan pemantau salah laku internet yang akan secara sukarela memantau kemudian membuat laporan kepada polis jika kandungan sesebuah bahan di internet itu menyentuh sensitiviti atau menghina kaum dan bangsa lain.
Pasukan yang digelar Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT) itu diketuai oleh Penyelarasnya Huan Cheng Guan. Dengarnya seperti serius, tetapi sehingga tengahari ini, belum ada sebarang makluman dari pihak SEMUT tentang kemunculan video menghina ini.
Mereka sudah tidak buat kerja atau memilih video yang tertentu sahaja untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Ke mana pergi pasukan sukarela SEMUT ini?
Sehingga pukul 12.08 tengahari sudah ramai pemegang akaun Facebook beragama Islam menyeru pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan tindakan segera diambil mengatasinya daripada terus berulang.
Pihak berkuasa perlu segera mengambil tindakan mencari pelakon video ini dan disiasat tujuan mereka menerbitkan dan menghasilkan video seumpama itu.
Laman web yang dipaparkan sebenarnya adalah satu laman web luar negara yang menggunakan bahasa Turki.
Kejadian menghina Islam semakin menjadi-jadi dan semuanya seperti tersusun satu persatu selepas Alvin dan Vivian timbul pula perkara ini. Selepas perkara ini, apa lagi isunya mereka akan timbulkan??
No comments:
Post a Comment