Pelakon Fizz Fairuz mengakui sikapnya yang ramah membuatkan ramai wanita tersalah anggap
kononnya dia menaruh hati terhadap mereka
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, hal itu mengundang rasa serba salah pada dirinya kerana dilihat seperti memberi harapan kepada individu berkenaan.
"Saya jenis yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja, termasuklah wanita-wanita yang saya kenali.
"Tetapi lain pula jadinya apabila ada yang salah faham, yang mungkin menampakkan saya seperti memberi harapan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, sedangkan tidak. Kadang-kadang, saya pula berasa serba salah,"
sejak kontroversi dia memutuskan ikatan pertunangannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang, ada beberapa wanita lain yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.
Malah, ada juga golongan berstatus VIP cuba mendekatinya, namun Fizz hanya bersikap biasa dan enggan terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.
Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah bertunang dengan isteri orang dalam sebuah majlis rahsia pada 10 Februari tahun lalu.
Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu dan seminggu selepas itu, Fizz memutuskan ikatan tersebut.
status perhubungannya dengan bekas kekasih, aktres Almy Nadia, Fizz berkata, perhubungan mereka hanya sekadar teman biasa.
Bagaimanapun, ibunya, sesekali ada bertanya mengenai Almy dan mahu Fizz kembali menjalinkan hubungan semula.
No comments:
Post a Comment