Tuesday, July 23, 2013

Dj Lin Berniaga 'Serunding Cinta' Sempena Ramadan

DJ LIN_2300 Sempena bulan Ramadan, penyampai radio Suria FM, Deejay Lin turut mengambil peluang mencari rezeki tambahan dengan menjual serunding yang dinamakannya 'Serunding Cinta'

Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata, sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata, perniagaan yang diusahakan sejak tiga tahun lalu itu sedikit sebanyak membantu memberi keperluan Hari Raya sekeluarga.

"Bulan Ramadan membuka seribu makna buat saya, seperti tahun-tahun sudah, saya ada membuka gerai sendiri bagi menjual serunding sebagia mencari rezeki tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Selain serunding saya juga menjual pelbagai kuih tradisional dan biskut raya yang diambil daripada pelbagai negeri," katanya.

Tambah Lin, 'Serunding Cinta' yang menjadi produk utama bisnesnya itu merupakan serunding terbaik dan ditempah khas daripada Kelantan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive