Tuesday, July 23, 2013

Aziz M. Osman Nekad Bersara

Aziz-M.-Osman-Nekad-BersaraPENGARAH terkenal, Aziz M. Osman telah nekad untuk meninggalkan bidang pengarahan yang

sudah sekian lama sebati dengan dirinya.

Bercakap kepada Sinar Harian, Aziz berkata, “Demi Dia adalah drama terakhir arahan saya dan saya akan bersara dalam bidang pengarahan.  Saya akan menumpukan perhatian keapda bidang penerbitan sahaja”.

Ditanya adakah dirinya merajuk dengan industri menyebabkannya membuat keputusan sedemikian, Aziz menjelaskan bahawa pengundurannya adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada pengarah-pengarah baru untuk berkarya.

“Saya sedar bahawa penonton sudah berubah dan generasi penonton sekarang tidak berpihak kepada karya saya lagi,” katanya.

Nama Aziz, 51, sebelum ini gah dengan filem-filem seperti Leftenan Adnan, Puteri Impian, Senario The Movie dan Trauma.

Drama bersiri terakhir arahannya, Demi Dia yang dibintangi Elfira Loy, Zoey Rahman dan Dynas Mokhtar kini sedang ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7 malam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive