Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, July 26, 2013

Noor Dayana dan Wan Sakinah kini bahagia kongsi suami

Noor Dayana dan ashraf muslimDi sebalik penderitaan dan kekecewaan yang terpaksa ditanggung oleh isteri pertama Ashraf Muslim, Noor Dayana namun

dia kini dikatakan sudah berbaik-baik dengan Wan Sakinah dan mereka mula belajar hidup berkongsi suami.

Menurut Ashraf, Dayana tidak pernah minta untuk dilepaskan seperti yang didakwa oleh individu tertentu. Ketika ditanya tentang hubungan kedua-dua isterinya ketika ini, Ashraf memberitahu, Dayana dan Sakinah sudah boleh keluar bersama-sama.

“Alhamdulillah hubungan Dayana dan Sakinah ok.”

Dalam pada itu, Ashraf turut ditanya tentang sebab utama mengapa dia memilih untuk berpoligami daripada terus bersabar untuk mendapatkan zuriat dari isteri pertamanya. Berikut penjelasan panjang lebar pelakon Puaka Niyang Rapik itu :-

“Sebelum saya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi saya sudah bertanya dan meminta nasihat dengan pelbagai pihak termasuklah ustaz, pakar kaunseling dan ramai lagi. Saya terdetik nak berkahwin, sebab itu ambil keputusan bernikah di luar negara. Kami bukan kahwin lari sebab keluarga saya dan keluarga Sakinah ada sekali masa kami nikah.”
Mengakui kesilapannya kerana mengguris dan melukakan hati ramai pihak terutamanya Noor Dayana dan bapa mertunya, Ashraf secara terbuka menyatakan permohonan maaf beliau di atas apa yang telah terjadi.
“Sekarang ini saya masih dalam proses memujuk dan redakan keadaan. Saya mahu mohon maaf dari semua pihak. Insya-Allah jika segalanya sudah reda saya akan buat kenduri doa selamat,” kata Ashraf yang mengakui kesilapannya."
“Saya berharap peminat doakan yang terbaik buat perkahwinan saya. Saya juga berharap lagi janganlah aibkan kami dan saya juga mahu menjalani kehidupan yang terbaik selepas ini. Saya sayang semuanya dan jika selepas ini ditawarkan untuk sesi fotografi saya akan bawa kedua-dua isteri bersama.”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive