Thursday, July 11, 2013

Kim Jin Sung idam bercinta dengan Ezzaty Abdullah dan Hanez Suraya

 Hanez SurayaPelakon kelahiran Korea Selatan, /Kim Jin Sung mengakui wajah wanita di Malaysia lebih asli berbanding

wanita di negaranya kerana kebanyakan mereka melakukan pembedahan plastik.

"Sebenarnya saya bukan tergolong di kalangan orang yang membuat pembedahan plastik untuk perubahan wajah seperti kebanyakan masyarakat di Korea. Saya lebih suka wajah yang asli kerana ia memberi daya tarikan yang tersendiri."

Menurut Jin Sung, 27, atau lebih selesa dipanggil JS, wanita Malaysia mempunyai tarikan yang tersendiri dan dia berhasrat untuk memiliki kekasih dari negara ini.

"Apabila datang ke Malaysia pada Mei lalu, saya terkejut ramai wanita di negara ini memiliki wajah yang cantik tanpa perlu mengubah muka dengan pembedahan. Perkara itu membuatkan saya sudah mula berkenan dengan wanita Malaysia. kalau boleh saya mahu mencari kekasih dari negara ini."

Apabila ditemubual mstar berkenaan ciri-ciri wanita yang disukai Jin Sung jika berpeluang memiliki kekasih di Malaysia, dia sambil berseloroh menjawab inginkan wanita yang berwajah seakan-akan pelakon drama Autumn Di Hatiku iaitu Ezzaty Abdullah dan memiliki ketinggian seperti Hanez Suraya

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive