NEW DELHI – Mahkamah di Mumbai semalam mengumumkan bintang filem Bollywood Salman Khan akan dibicarakan bulan depan atas tuduhan membunuh
dalam satu kes kemalangan jalan raya lebih 10 tahun lalu.
Dalam kes itu, seorang lelaki mati dan empat lagi cedera apabila Salman merempuh sekumpulan gelandangan yang tidur di tepi jalan di Mumbai pada September 2002.
Peguam Abha Singh berkata, Salman juga akan dibicarakan atas tuduhan cuai ketika memandu.
Salman mengaku tidak bersalah dan perbicaraan dijadualkan berlangsung pada 19 Ogos depan.
Dia berdepan hukuman penjara 10 tahun jika disabitkan.
Salman, 47, antara bintang Bollywood paling popular dan muncul dalam 90 filem sepanjang 25 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment