Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, July 22, 2013

Sharifah Aleya Tak Anggap Diri Ibu Tunggal

Sharifah-Aleya-Tak-Anggap-Diri-Ibu-TunggalPENYAMPAI radio dan pelakon, Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid Al Yahya memberitahu dia tidak pernah menganggap dirinya sebagai

ibu tunggal walaupun hakikatnya dia telah bercerai dengan pasangannya Muhammad Ashraf Aasimudin pada awal 2012 lalu.

“Saya tak rasa saya ini ibu tunggal kerana ahli keluarga saya, terutama emak dan ayah banyak membantu dalam menjaga anak-anak. Saya tidak rasa kesusahan untuk membesarkan anak-anak saya. Keluarga saya sentiasa ada bersama-sama saya. Kalau saya sibuk dengan kerja, emak akan bantu melihat-lihat dan menjaga anak-anak saya. Jadi, anak-anak saya dikelilingi dengan kasih-sayang dan saya rasa sangat bertuah,” ujar Aleya ketika ditemui dalam majlis berbuka puasa anjuran TV9 baru-baru ini.

Jelas Aleya lagi, dia tidak pernah rasa susah membesarkan anak kembar, apatah lagi berasa kehidupannya terganggu.

“Anak-anak adalah sebahagian daripada diri saya. Jadi, tidak mungkin saya rasa susah. Setiap cabaran atau kesukaran saya anggap macam rutin kehidupan. Lagipun, saya perlu ingat ada orang yang lebih susah dan besar cabarannya dalam memelihara anak-anak,” ujar ibu kepada Azza Ameena dan Asha Ameena ini.

Terlanjur berbicara tentang kehidupan peribadi, Aleya turut ditanya sama ada dia sudah menemui teman pengganti untuk menjadi ayah kepada anak-anaknya.

“Anak-anak saya tetap mendapat kasih-sayang seorang ayah, walaupun kami telah berpisah. Ashraf sering datang melawat dan menghabiskan masa dengan anak-anak. Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi cerita tentang jejaka yang berada di dalam hati ini. Cukuplah saya katakan, keluarga dan kawan-kawan sudah maklum tentang kami. Sebagai seorang wanita, tidak mungkin saya tidak ingin berkahwin dan dapatkan anak lagi,” ulas Aleya lagi.

Menyentuh tentang Ramadhan, heroin ‘Man Laksa’ ini memberitahu sepanjang bulan puasa ini dia bercadang untuk memasak sendiri juadah berbuka puasa di rumah daripada membeli di bazar-bazar Ramadhan atau berbuka puasa di luar.

“Saya memang tak suka berbuka puasa di luar. Saya lebih selesa berbuka dengan anak-anak dan keluarga di rumah. Masak makanan yang ringkas pun tidak mengapa,” ujar Aleya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive