Siapa menyangka pelakon drama terkenal, Norish Karman sendiri mengakui tidak pernah beraya bersama ketiga-tiga anaknya sejak bercerai dengan
bekas suami, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 15 Julai 2008.
Pengakuan beliau ini dibuat menerusi temubual panjang lebar dengan wartawanKosmo ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama media dan tayangan program Aidilfitri Astro di Hotel Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jom baca isi kandungan temubual antara Kosmo dan Norish Karman dibawah.
Kosmo : Apakah aktiviti anda pada bulan Ramadan kali ini?
Norish Karman : Tahun ini saya berehat daripada segala kerja sama ada berlakon, menyanyi atau memberi motivasi kerana mahu fokus pada majlis amal yang melibatkan anak-anak yatim seperti majlis berbuka dan sebagainya. Insya-Allah, amal ini tidak hanya dilakukan pada bulan Ramadan sebaliknya berterusan. Selain itu, saya juga ada membuat hamper raya berupa kek dan juga kuih raya. Saya juga sibuk memasak untuk tempahan berbuka puasa.
Kosmo : Boleh kongsikan pula persiapan raya anda pada tahun ini?
Norish Karman : Sebagai seorang ibu saya akan pastikan keutamaan persiapan raya pada anak-anak terlebih dahulu berbanding diri sendiri. Sekurang-kurangnya anak-anak ada dua atau tiga pasang baju raya pada setiap tahun. Anak-anak pun sudah besar dan faham erti sambutan Aidilfitri. Jadi, saya mahu mereka gembira.
Kosmo : Dimanakah anda beraya pada tahun ini?
Norish Karman : "Saya belum pasti mahu beraya di Malaysia atau Singapura. Sebabnya, ibu saya sakit sudah hampir sebulan. Jika dia sihat, dia mahu beraya di sini. Jika tidak, saya akan beraya di Singapura. Anak-anak pula akan beraya dengan bapa mereka. Memang setiap tahun selepas bercerai saya akan hantar anak beraya di rumah bekas suami."
Kosmo : Kenapakah anda membuat tindakan begitu. Adakah disebabkan permintaan atau arahan bekas suami?
Norish Karman : Saya nampak dia memerlukan anak-anaknya setiap kali raya. Saya gembira jika dapat membahagiakan dia (bekas suami). Lagipun, saya fikir selama ini memang saya selalu di samping anak-anak. Apa salahnya mereka beraya dengan bapa mereka pula.
Kosmo : Bagaimanakah penerimaan anak-anak dengan tindakan anda itu?
Norish Karman : Anak-anak pernah cakap mahu beraya dengan saya pula, tetapi saya tidak mahu. Saya cakap pergilah beraya dengan ayah.
Kosmo : Tidakkah anda sedih tidak dapat beraya dengan anak-anak?
Norish Karman : Saya seorang yang positif. Anak-anak cuma beraya selama dua atau tiga hari dengan bekas suami. Selepas itu, mereka beraya dengan saya pula.
Kosmo : Apakah kelainan raya anda pada tahun ini?
Norish Karman : Saya gembira kerana dapat beraya dengan anak bongsu saya iaitu Haq Lutfie Alexander, yang kini sudah berusia setahun lebih.
No comments:
Post a Comment