Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, July 24, 2013

Norman Hakim tidak terkejut Abby Abadi kahwin lelaki muda

norman hakim dan abby abadiPerkahwinan Abby Abadi, , dua minggu lepas bukan sahaja tidak mengejutkan Norman Hakim malah

membuatkan hatinya lega kerana sudah ada orang yang menjaga dan mengambil berat Abby Abadi.
Menurut Norman, berita gembira itu sekaligus melenyapkan spekulasi mereka berdua akan merujuk semula selepas Abby dilihat berbaik-baik semula dengan isterinya sekarang, Suhaiza Suhaimi, 25, atau Memey.
Diminta
Harian Metro mengulas pandangannya tentang Farhan, Norman mengaku pernah berjumpa dengan lelaki itu ketika menyambut hari ulang tahun anak keduanya, Marissa Dania pada 2 Julai lalu.
“Kami sekeluarga iaitu saya, Memey, anak-anak, Abby dan Farhan keluar makan bersama-sama meraikan hari jadi Dania. Ketika itu Farhan baru bekerja di butik milik Abby, Syuhada Kasih Abadi di Taman Melawati, Hulu Klang. Abby sendiri memperkenalkan Farhan kepada saya."
“Pada hari berikutnya sekali lagi Memey bersama adiknya keluar menemani Abby membeli barang untuk butiknya dan Farhan turut serta. Apabila Memey balik ke rumah dia bercerita pada saya seperti ada bunga-bunga cinta antara Abby dan Farhan.”

Terdahulu, Norman mengesahkan telah dimaklumkan Abby yang dirinya sudah berkahwin namun tidak memberitahu kepada sesiapa kerana mahu bekas isterinya sendiri mendedahkan kepada umum.
“Saya tertanya-tanya bila Abby nak menge­sahkan status barunya kerana saya tidak mahu masyarakat terus membuat spekulasi terhadap hubungan baik saya dengannya. Apabila dia mendedahkan gambar kemesraannya dengan Farhan dalam Instagram dan berita perkahwinannya disiarkan dalam akhbar, saya lega dan gembira bagi pihaknya."

“Sebelum dia sendiri yang bercerita saya tak mahu ‘buka mulut’ demi menghormati hak peribadinya. Lebih baik tuan punya badan yang bercerita sendiri."

“Selama ini Abby berkorban untuk kebaikan orang lain jadi Allah SWT permudahkan jodohnya dan saya doakan dia bahagia. Selepas mereka bernikah saya tidak berjumpa mereka kerana saya sibuk dengan penggambaran drama sehinggalah sekarang saya masih sibuk di lokasi.”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive