Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, July 23, 2013

ABBY ABADI KONGSIKAN KEBAHAGIANNYA DI FACEBOOK?

abby abadi dan farhanSEJAK Jumaat lalu, sebuah fanpage Facebook dinamakan Abby & Farhan telah diwujudkan di laman maya

Status pertama fanpage itu adalah, ‘Alhamdulillah sudah 12 hari bergelar isteri Farhan.’
Sungguh pun Abby dikesan aktif dalam pelbagai medium sosial termasuk Tweeter dan Instagram; tidak dapat dipastikan sama ada fanpage ini benar-benar dibuat sendiri oleh Abby atau peminatnya. Walaupun begitu, ia telah pun menghimpun lebih 13,000 pengikut dalam masa tiga hari sahaja.
Di laman ini termuat gambar-gambar Abby bersama suami barunya, Farhan di samping update aktiviti dilakukannya terutama berkaitan rumahtangga. Contohnya status berbunyi:
‘Baru lepas memasak untuk anak2 dan suami.. korang dah abis blum? (^__^)’ dan ‘Semoga harini lebih baik daripada semalam, pedulikan suara-suara sumbang kerana anda tidak akan nampak sesempurna di mata manusia yg dikenali.’
Terbaru, dimuatkan gambar dengan kapsyen, ‘Tenangnya di Kg’ – sekaligus membayangkan Abby kini berada di kampung Farhan bagi bertemu keluarga mentuanya.

Kalau betul fanpage ini dibuat Abby sendiri, wah.. mungkin ini caranya dia berkongsi kegembiraan baru hidupnya dengan para peminat? Apa pun, selamat berbahagialah Abby ya!

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive