Sengketa antara tiga pelakon wanita terkenal tanah air, Neelofa, 23, dengan Anzalna, 23, dan Tasha Shilla, 25, ....
mula menunjukkan perkembangan positif bila ketiga-tiga aktres itu membayangkan hasrat untuk berdamai.
Walaupun meletakkan syarat, tindakan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selaku orang tengah menemui ketiga-tiga pelakon muda terbabit untuk mendapatkan penjelasan ternyata membuahkan hasil bila masing-masing bersetuju untuk segera menyelesaikan kemelut itu.Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa), 23, tiada masalah untuk mengakhiri persengketaan itu dengan syarat tuntutannya dipatuhi.
namun dia belum menerima maklum balas notis tuntutan bukti yang dihantar Anzalna walaupun tempoh seminggu yang diberikannya berakhir Selasa lalu.
Lofa menerusi peguamnya pada 13 Jun lalu, menghantar notis menuntut Anzalna menunjukkan bukti terhadap dakwaan buruk mengenai dirinya yang disiarkan sisipan sebuah akhbar.
Sumber : metro
No comments:
Post a Comment