Taktik tiga lelaki bergelar Geng Meor yang menjadikan sebuah rumah teres sebagai ..
markas meleraikan komponen motosikal curi sebelum rangkanya dibuang dalam semak terbongkar bila mereka ditahan di Taman Tun Dr. Ismail Jaya i baru-baru ini.
Ketiga-tiga remaja berusia antara 17 dan 20 tahun itu ditahan dalam dua serbuan Ops Lejang di sekitar sini selama tiga hari sejak 18 Jun lalu.
, pembongkaran bermula bila polis menahan ketua Geng Meor dan seorang rakannya ketika sedang meleraikan sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dalam sebuah bilik rumah teres dua tingkat di taman tersebut pada pukul 3.35 petang.
, soal siasat kemudian menemui 25 rangka motosikal curi seperti Honda EX5, Modenas, Suzuki RG dan Yamaha 125Z yang dibuang di dalam semak di tepi Tasik Puncak Perda
"Motosikal itu dicuri di sekitar Klang Utara, Petaling Jaya, Gombak, Ampang dan Shah Alam.
"Mereka menggunakan allen key untuk mencuri motosikal di kawasan perumahan flat sejak 2010. Motosikal itu akan dibawa ke rumah teres berkenaan untuk dileraikan sebelum komponennya dijual pada harga murah
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment