Polis di Timor Leste menemui sebuah kubur yang mengandungi rangka..
tulang 52 orang dekat pejabat Perdana Menteri, Xanana Gusmao, kata seorang pegawai
Beberapa pekerja pembinaan menemui kubur tersebut pada minggu lalu sebelum mereka menghubungi polis.
Pada tahun 1975, Tentera Indonesia menceroboh Timor Leste yang merupakan bekas jajahan Portugal itu.
Timor Leste yang ketika itu dikenali sebagai Timor Timur diduduki selama 24 tahun oleh Indonesia.
Dianggarkan seramai 183,000 orang terbunuh akibat pencerobohan itu.
Ketua Perkhidmatan Siasatan Jenayah Timor Leste, Calisto Gonzaga menyatakan rangka itu terlalu besar dan tidak mungkin ia milik penduduk Timor Leste.
"Kami melihat tengkorak dan ia amat besar dan sebilangan tulang amat panjang. rangka itu bukan (milik) penduduk Timor Leste,
kedudukan rangka itu memberi petunjuk bahawa si mati mungkin dibunuh.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment