Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, June 27, 2012

Nenek Parah dilibas penyamun


ARAU: 
Seorang warga emas menerima 14 jahitan di kepala selepas ditetak..
dengan senjata tajam dipercayai pedang oleh penjenayah, hanya kerana ingin menyamun seutas gelang emas bernilai RM2,000.
Kejadian berlaku di Kampung Felda Chuping, di sini, ketika mangsa, Rokiah Sirun, 78, sedang memberi makanan kepada kucing di belakang rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, Jumaat lalu. 

“Saya langsung tidak sedar dia datang dari belakang dan melibas pedang ke kepala saya. Tiba-tiba saya rasa sakit dan basah di belakang kepala sebelum rebah,” kata Rokiah.

Akibat mukanya jatuh tersembam ke atas batu, wanita itu turut menerima tiga jahitan di dahi.



Rokiah berkata, selepas meragut gelang emas bernilai RM2,000 yang dipakainya, suspek melarikan diri kerana menyangka dia sudah mati berikutan berlumuran darah di kepala.

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive