Pelakon Rozita Che Wan enggan melayan dakwaan yang terus mengaitkan dirinya..
dengan aktor Beego dan menganggap segala tuduhan mengenai hubungan mereka adalah fitnah dan mengarut.
Aktres berusia 39 tahun itu tidak akan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu kontroversi itu berlanjutan. satu pojok dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Beego dilihat memandu kereta BMW milik Rozita ke lokasi penggambaran drama.
Mereka dikatakan menjalin hubungan selepas dilihat berdua-duaan di beberapa lokasi termasuk pusat hiburan dan beli-belah, baru-baru ini.
Terbaru, ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Miss Octopus untuk TV3 dan bakal terlibat dalam penggambaran telefilemAku Janda Tak Kaya (Astro) selepas itu.
Sumber : mStar
huhuhu mcm2 gosip
ReplyDelete