Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, hingga kini masih tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak..
Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.
Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika ditemui di Hospital Serdang
Kejadian pukul 8.40 malam kelmarin itu meragut nyawa suami Sharizuraidah yang dikenali sebagai Ismail Khan, 39, anak lelakinya, Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6. Ismail adalah warga Pakistan.
Menurut Sharizuraidah, dia begitu terkilan dengan kematian anak-anaknya kerana belum sempat memenuhi beberapa permintaan permata hatinya itu.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment