Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, March 28, 2013

Rajagobal bakal didakwa

Kelana Jaya:
 Kritikan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) akhirnya menjerat dirinya
sendiri apabila beliau bakal didakwa atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Dengan kedudukannya mula goyah berikutan aksi kurang memberangsangkan Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini, jurulatih berusia 56 tahun itu berdepan satu lagi tekanan apabila surat pertuduhan ke atasnya akan dihantar minggu depan sebelum beliau menghadap Jawatankuasa Tatatertib.

Keputusan untuk membuat pendakwaan itu diumum Datuk Taufek Abd Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang berlangsung lebih empat jam semalam.

“Kita sudah berbincang dengan panjang lebar untuk menentukan sama ada ia ada merit atau tiada merit. Merit bukan bermakna Rajagobal bersalah tapi kita buat keputusan kertas pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal.

“Ini bermakna kami mempunyai kes untuk mendakwa Rajagobal di bawah Artikel 88,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM semalam.

Siasatan Jawatankuasa Tatatertib ke atas Rajagobal bermula selepas jurulatih kebangsaan itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi pemain penyerang negara apabila tumpas kepada Arab Saudi 1-4 pada aksi persahabatan pada 17 Mac lalu.

Dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam itu, beliau didakwa menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan teratas Liga Super yang mengakibatkan negara ketandusan penyerang semulajadi.

Sebelum ini, B Sathianathan dipecat FAM pada Februari 2009 gara-gara kenyataan pedasnya ‘Liga-M bukan bola sepak’ selepas menyaksikan skuad kebangsaan kendaliannya tumpas 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Asia 2011.

“Ya, pertuduhan ini dikeluarkan kerana beliau didakwa mengkritik dasar FAM, ini berdasarkan laporan akhbar,” kata Taufek. Beliau berkata, Rajagobal perlu menjawab surat pertuduhan terlebih dulu sebelum dibicarakan dalam tempoh terdekat ini.

Rajagobal yang mempunyai kontrak hingga Disember ini membimbing skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA Laos pada tahun pertama dilantik sebagai jurulatih kebangsaan pada 2009 sebelum menjuarai Piala AFF pada 2010.

Sementara itu, Jawatankuasa Tatatertib turut membuat keputusan untuk mendakwa beberapa pemain Selangor atas insiden pergaduhan dengan pemain ATM selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA Januari lalu.

Taufek bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain terbabit namun kemungkinan jumlahnya sama dengan pemain ATM yang dihukum minggu lalu.

“Kita bersetuju membuat pendakwaan ke atas pemain tertentu (Selangor), saya tidak boleh dedahkan nama pemain terbabit. Tunggu surat pertuduhan dibuat,” katanya yang memanggil jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim dan ATM Sathianathan untuk memberikan keterangan.

Walaupun Sathianathan hadir memberikan keterangan, jawatankuasa itu menetapkan tidak akan menilai semula keputusan dikenakan ke atas pemain ATM sebelum ini.

Empat pemain ATM, Mohd Fitri Omar digantung empat perlawanan dan denda RM1,000, G Jeevanthan dan R Surendran masing-masing digantung tiga perlawanan, denda RM1,000 dan RM1,500 manakala Mohd Shukor Adan yang tidak mengaku salah digantung dua perlawanan selain denda RM1,500.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive