Anjing bernama Tegon punya kemampuan bersinar dalam gelap.
Tegon adalah anjing klon yangdihasilkan saintis Korea Selatan untuk kajian penyakit manusia, seperti alzheimer dan parkinson."Tegon boleh bersinar di bawah sinar ultraviolet jika diberi antibiotik doxycycline," ungkap Leebyeong-chun, ketua pasukan penyelidik dari Seoul National University (SNU).
Tegon yang lahir pada 2009 memang bukan anjing hasil pengklonan pertama yang dihasilkan SNU. Pada2005 ada Snuppy, yang lahir dari uji coba 2.000 sel telur yang kemudian tumbuh menjadi 1.000embrio. Dari jumlah itu, hanya satu ekor Snuppy yang dihasilkan.
Proses yang sama kemudian dilaksanakan untuk membuat Tegon, seekor anjing betina jenis beagle(anjing pemburu kecil). Bezanya, Tegon adalah anjing hasil pengklonan pertama yang boleh bersinardalam gelap dengan sinar berwarna hijau. Uniknya lagi, sinarnya boleh dihidupmatikan jika Tegondiberi antibiotik tertentu melalui makanannya.
Kemampuan menghidupkan dan mematikan gen warna ini penting ertinya dalam kajian. Saintis bolehmemantau kesan suatu zat yang ditambah pada gen tersebut. Sebagai contoh, gen beta-amyloiddiketahui sebagai penyebab kerosakan fungsi saraf dalam penyakit alzheimer. Dengan menghidupkangen tersebut lalu memantau fungsi saraf selepas itu, dapat menghasilkan petunjuk tentangperkembangan alzheimer.
No comments:
Post a Comment