Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, March 29, 2013

MISTERI WANITA BAJU KEBAYA

SEJAK dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti
. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

"Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,"soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

"Dulu, masa arwah tok kamu masih ada... dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya," kata Kamariah.

"Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?" tanya Shidah

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive