Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, March 29, 2013

Nora Danish Doakan Fasha


Fasha mendedahkan bakal menerima anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.
Sehubungan perkara itu, pelakon Nora Danish telah melahirkan rasa gembiranya kerana tidak lama lagi anaknya, Putera Rayqal bakal mendapat kawan baru untuk bermain dan aktres ini turut mendoakan semoga Fasha selamat melahirkan anak pertamanya itu.Nora menerusi Berita Harian menyatakan, “saya tak ada tips tertentu yang boleh dikongsikan bersamanya, cuma saya doakan Fasha selamat melahirkan bayinya nanti dan segala-galanya berjalan lancar. Terus terang saya gembira dengan berita dia bakal menimang cahaya mata lelaki. Nampaknya Rayqal ada kawan selepas ini dan dia pun gembira apabila mendapat tahu bakal mendapat adik. Bolehlah dia bermain bersama”.

Nora turut berkata yang dia sudah tidak mahu lagi mengingati kisah silam yang pernah berlaku di antara mereka bertiga, sebaliknya mengakui sudah menganggap aktres itu sebagai kakaknya sendiri.
Baguslah begitu bak kata pepatah ambil yang jernih, buang yang keruh dan semoga Nora bakal bertemu jejaka yang dapat memberikan kebahagiaan abadi buat dirinya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive