Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, June 24, 2012

Dua peniaga kek juarai Cabaran Daisy


Seorang peniaga kek yang beroperasi dari rumah, Zurliyanti Mohd. Abdul Aziz,..
36, dinobatkan sebagai juara kategori biskut pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012 peringkat Zon Utara di Alor Setar Mall
Zurliyanti yang menetap di Sungai Petani  tidak menyangka biskut ciptaannya yang diberi nama Biskut Sanggul Mak Dara berjaya menambat hati juri 
 segala penat lelah menghasilkan resipi ini akhirnya membuahkan hasil dan ia membawanya ke peringkat akhir pertandingan tersebut,"
keistimewaan biskutnya adalah ia gebu dan rangup serta cair di dalam mulut kerana ramuan istimewanya iaitu minyak jagung Daisy dan kelapa.
Juara bagi kategori kek pula dirangkul Wizana Md. Sariff, 39, yang merupakan seorang pengusaha kedai kek di Kampung Ulu Kinta, Ipoh, Perak.
 kekecewaan selepas tewas pada cabaran tahun lalu tidak mematahkan semangatnya untuk terus bertanding  tahun ini.
, dia berpuas hati bila resipi kek yang dibuatnya sebanyak lima kali untuk mendapatkan hasil terbaik dipilih sebagai pemenang tempat pertama.
"Selain mementingkan rasa saya juga pastikan hiasannya mengikut tema yang ditetapkan iaitu Seni Muzik," 
Zurliyanti dan Wizana masing-masing menerima hadiah wang tunai RM300.
Pemenang tempat kedua bagi kategori biskut dimenangi oleh Fauziah Idris, 54, dari Permatang Pauh, Pulau Pinang manakala kategori kek dimenangi oleh Rosni Johar, 36, dari Lunas, Kulim 
Mereka menerima hadiah wang tunai RM200 setiap seorang.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive