Saya seperti mati hidup semula. Jika tidak segera dijumpai dan ...diselamatkan,
pasti saya sudah tiada...” demikian kata Raju, buruh warganegara Bangladesh yang
paling akhir berjaya dikeluarkan dalam runtuhan astaka di Padang Astaka, Gong
Kemuntong, Jertih, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, Raju, 42,
bersama lima lagi rakan sekerja iaitu dua rakan senegaranya dan tiga warga
Indonesia terperangkap di dalam runtuhan tersebut.
Raju yang sudah lima tahun
bekerja di negara ini berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakan berada
berdekatan, melakukan kerja menyimen pentas astaka itu, bila tiba-tiba
struktur lantai tempat dia berdiri runtuh.
Sumber ; Sinar
No comments:
Post a Comment