TIGA tahun lalu tiada siapa yang mengenali Siti Saleha..
Mohd Baharum atau Siti Saleha, 22. Kali pertama penulis menemubualnya ketika dia hadir ke lokasi penggambaran drama yang dibintangi ketika itu, Kecuali Cintamu. Saat itu Siti Saleha bukanlah satu nama besar, dia hadir dalam pakej lengkap sebagai pelakon baru dan masih meraba-raba mencari rentak di dalam industri lakonan.
selepas tiga tahun, penulis bertemu kembali dengan Saleha yang juga adik kepada bintang rock, Sam Bunkface ini. Tanpa berselindung, Saleha mengakui selama dia bergelar pelakon, dia amat jarang muncul menghiasi dada akhbar dan majalah kerana berpendapat pihak wartawan tidak berminat menemubual artis yang tidak ada sebarang kisah panas, sensasi dan kontroversi yang boleh dijadikan sebagai pelaris
Sumber :Berita
No comments:
Post a Comment