Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, June 27, 2012

Pelawak veteran Aziz Satar stabil, Osman kritikal


Keadaan artis veteran Datuk Abdul Azez Satta atau lebih dikenali sebagai..
Aziz Satar, yang menerima rawatan jantung di Hospital Ampang sejak Sabtu lepas, dilaporkan stabil.


Aziz, 87, yang ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) hospital berkenaan, masih tidak boleh menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat.

Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan pada Sabtu lalu.Aziz adalah antara pelakon dan pelawak yang popular dan pernah membintangi beberapa filem bersama Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Nasib Labu Labi.



Sementara itu, pelakon dan pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, pula dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat komplikasi paru-paru, jantung dan saluran darah tersumbat.

Sumber : Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive