Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, June 29, 2012

Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat..
batuk kering.
Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira pukul 3.45 petang.
Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.
Osman telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.
Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri .sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.
Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".
sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.
dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia dia sering bermanja berbual-bual..
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive