Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, July 24, 2013

Adira - Saya tidak makan hati dicop "playgirl"

Respon Adira isu dicop perempuan playgirlGosip liar yang melanda gadis kelahiran Kundasang,

Sabah, Siti Adira Suhaimi, 22, memang tidak pernah habis sejak dari mula terlibat dalam dunia hiburan.
Bermula dengan dakwaan bercinta dengan Hafiz AF, pemuzik AG Coco dan Alif Aziz, kini penyanyi lagu Ilusi itu dikaitkan pula bercinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia
Shahrul Nasrun Kamaruddin.Ekorang banyak kali bertukar-tukar pasangan atau kekasih, sesetengah individu yang cemburu dengan popularitinya telah mencop Adira sebagai perempuan"playgirl" dan suka mempermainkan perasaan orang lain.
Ketika diminta mengulas oleh wartawan Berita harian berkenaan gosip terbaru itu, Adira tampil membuat penjelasan panjang lebar termasuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Ikuti penjelasan jujur Adira di bawah.
“Mereka sekadar nampak luaran, tetapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang saya lalui. Saya tidak makan hati dicop sebagai "playgirl", yang penting saya bukanlah wanita yang suka menabur janji manis dengan ramai lelaki dalam satu masa."

“Saya masih muda, jadi saya berhak berkawan dengan ramai orang untuk memilih yang terbaik. Segala tuduhan yang dilemparkan kepada diri saya pula tidak akan sesekali membuatkan kerjaya nyanyian saya goyah. Malah saya masih kuat apatah lagi dengan sokongan keluarga yang membantu saya meneruskan langkah dalam bidang ini.”

Diharap dengan penjelasan ini, mana-mana individu yang mendakwa Adira sebagai perempuan "playgirl" tidak lagi membesar-besarkan isu tersebut. Biarlah Adira dengan kehidupan sendiri. Lambat-laun dia akan jadi matang juga. Doakan sahaja kebahagian Adira jika Shahrul Nasrun Kamaruddin memang sudah ditakdirkan sebagai calon suaminya di kemudian hari.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive