Selepas tabloid mengeluarkan berita tentang temujanji mereka di Taman Hangang, bintang bola sepak Park Ji-sung telah tampil menjelaskan spekulasi tentang hubungannya dan pengacara “Live Today”,
Kim Min-ji.
Menurut laman sesawang M Wave, dalam satu sidang media yang pada mulanya diadakan bagi mengumumkan acara sumbangan yang akan diadakan oleh JS Foundation, Park Ji-sung menjelaskan tentang hubungannya dengan personaliti TV berkenaan.
“Pada mulanya saya nak umumkan tentang hubungan kami hari ini, tapi kini saya hanya perlu mengakuinya kerana gambar kami telah pun diterbitkan. Maafkan saya kerana tidak dapat mengejutkan anda dengan berita hubungan kami,” jelas Park Ji-sung.
Pemain tengah kelab Inggeris Queens Park Ranger tersebut memberitahu bahawa dia dan Kim sudah pun berkawan selama hampir setahun sebelum hubungan mereka didedahkan pihak media.
Namun begitu, bila ditanya tentang perkahwinan, Park menjelaskan, “Kami masih belum sampai ke situ. Kami baru mulakan hubungan serius pada cuti musim panas lalu.”
Bila ditanya bagaimana mereka mula berkenalan, Park menjelaskan bahawa dia diperkenalkan kepada Kim melalui bapanya pada tahun lalu, selepas personaliti TV Bae Seong-jae meyakinkan bapanya bahawa Kim merupakan gadis yang baik untuk anaknya.
No comments:
Post a Comment