Friday, July 26, 2013

Kahwin Disember ini, Zain Saidin dan Rozita Che Wan kongsi gambar romantik

Zain Saidin dan Rozita Che Wan kongsi gambar romantik 5Wow romantik sungguh penampilan terkini Zain Saidin dan Rozita Che Wan ketika menghadiri acara rakaman untuk program Melodi Raya dan

juga penyampaian Anugerah Melodi 2013 kepada para selebriti dua hari lepas.
Program Melodi Raya itu dihoskan oleh Zizan Razak dan Awal Ashaari selain menampilkan Raja Azura sebagai hos jemputan. Artis yang turut terlibat memeriahkan program itu ialah persembahan dari Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Jamal Abdillah, Saleem, Ajai, Amy Mastura dan ramai lagi.
Berikut ialah beberapa keping gambar menarik antara Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Walaupun Zain Saidin 13 tahun lebih muda dari Rozita Che Wan namun perbezaan itu tidak menghalang cinta mereka untuk terus mekar dan berbunga.
Khabarnya, pasangan selebriti ini akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Disember 2013. Samada benar atau tidak, admin tetap ucapkan tahniah di atas pemberitahuan tidak rasmi berita gembira itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive