Pada bulan Ramadhan biasanya dimanfaatkan oleh penyanyi-penyanyi untuk
melancarkan lagu-lagu terbaru mereka yang berunsur keagamaan.
Namun begitu, Dewi Cinta tidak pula begitu, malah beliau telah melancarkan video klip yang begitu seksi, berjudul Harus Rasaku di bulan yang mulia ini.
"Terserah kepada orang yang mahu menilai. Bagi saya, ini seni, dan ianya perlu bertepatan dengan konsep. Kostumnya juga sesuai dengan tempatnya.
"Kalau saya pakai bikini di tengah jalan, baru bererti aksi porno. Ini kan di pantai," katan di Senayan, Jakarta, Rabu lalu seperti yang dilaporkan oleh Kapanlagi.
Video klip itu menimbulkan kontroversi apabila menampilkan model-model wanitanya yang hanya mengenakan bikini dengan berlatar belakangkan pantai
No comments:
Post a Comment