Monday, July 8, 2013

Gambar seorang wanita dikelar dengan kejam oleh kekasihnya

XiaoPing1-_tckiSeorang lelaki ditangkap polis dengan tuduhan berlaku zalim kepada kekasihnya

. Huang X, lelaki itu, dituduh memukul kekasihnya dengan paip besi lalu menghiris-hiris tubuhnya dengan pisau cincang, dan melukainya dengan pelbagai benda. Perlakuan sadis itu dilakukan selama sebulan lebih.
Sebagaimana dilaporkan Chinasmack, beberapa waktu lalu, ketika wartawan menemui mangsa di pejabat polis, mereka hampir-hampir tidak percaya dengan apa yang terlihat. Ribuan bekas hirisan pisau dan luka-luka menutupi sekujur tubuhn perempuan itu. Wajahnya pucat dan hirisan terlihat di pipinya.

Paha, kaki, tangan, dan hampir di semua bahagian tubuh ada luka bekas hirisan pisau dan pukulan benda tajam. Semasa bajunya tersingkap terlihat luka seperti dicincang di bahagian punggungnya, hampir tidak ada bahagian yang gebu di belakangnya.

Mangsa, Xiao Ping, 16 tahun, datang dari wilayah Hubei mengadu nasib di kota Quanzhou, Ia bekerja sebagai “putri” di sebuah tempat hiburan karaoke yang berada di sebuah hotel. Ia diperkenalkan dengan Huang X,, oleh temannya dan tidak lama selepas itu mereka bercinta.

Menurut Xiao, Huang adalah seorang gengster yang juga penganggur. Setiap hari ia hanya bermain kad dengan teman-temannya. Setelah menjadikan Xiao sebagai kekasih, mulanya Huang melayan Xiao dengan baik dan kemudian mereka tinggal bersama di pangsapuri.

XiaoPing-_tckj

Namun, ia jenis pecemburu dan selalu curiga terhadap apa-apa aktiviti. Apalagi Xiao bekerja di tempat hiburan sehingga membuatnya mudah naik darah jika Xiao menerima panggilan telefon dari seseorang.

Kemudian, datanglah mimpi buruk itu Badannya dipukul, mukanya ditinju gara-gara beliau menerima panggilan telefon dari seseorang. Setelah itu, ia dikurung di bilik dan penderitaannya berulang hingga sebulan kemudian.

Setiap hari, Huang sekurang-kurangnya memberinya satu atau dua kali pukulan. Tidak hanya dengan tali pinggang atau paip besi, tetapi juga dengan pisau cincang. Selesai puas menyeksa kekasihnya, Huang menyeretnya ke bilik mandi dan membersihkan luka-luka itu menggunakan air panas dari shower.Xiao tidak tahan lagi hingga akhirnya melarikan diri dan melapor ke pejabat polis

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive