Wednesday, July 3, 2013

RAKAM AKSI MENARI DALAM HUJAN, 2 BERADIK DIBUNUH

Noor-Basra-dan-Noor-Sheza-565x375PAKISTAN – Dua beradik yang juga gadis remaja dibunuh oleh anggota keluarga mereka selepas dikatakan memalukan keluarga dengan

menghasilkan rakaman video yang memaparkan kedua-duanya menari dalam hujan.

Dalam rakaman yang dibuat enam bulan lalu, Noor Basra dan Noor Sheza, masing-masing berusia 15 dan 16 tahun,berlari-lari dan menyanyi di luar banglo rumah mereka di Chilas, bersama dua budak lain.

Ia mencetuskan kontroversi selepas video berkenaan tersebar di dalam telefon bimbit di bandar konservatif tersebut.

Kemuncaknya, semalam, dua beradik itu telah ditembak di rumah bersama dengan ibu mereka oleh lima penyerang.

Polis masih menyiasat kejadian itu bagi menentukan sama ada abang tiri mereka yang dikenali sebagai Khutore merupakan dalang pembunuhan berkenaan.

Khutore dikatakan mengarahkan agar adik tirinya dibunuh kerana perbuatan itu memalukan keluarga.

Dalam pada itu, abang kandung kepada dua beradik itu telah memfailkan saman ke atas Khutore dan empat yang lain kerana didakwa melakukan pembunuhan tersebut.

Khutore bagaimanapun telah melarikan diri.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive