Jika sebelum ini Fizz Fairuz lebih dikenali sebagai pelakon yang alim dan sukar melakonkan agenda ranjang, kini …
Fizz dilihat lebih terbuka dan lebih profesional. Melalui filen bisikan syaitan, beliau telah menerima tawaran pihak pengurusan untuk melakonkan adegan ranjang bersama Nabila Huda dan Wan Sharmila.
Fizz yang ditemui di Majlis Tayangan Media Filem Bisikan Syaitan bertempat di e@Curve semalam memberitahu, perasaan segannya memang ada namun demi karier Fizz bersikap profesional. Bagaimanapun babak tersebut melalui proses perbincangan bersama pengarah muda, Faizul A. Rashid serta para pelakon lain.
Menurut Fizz lagi, Wan Sharmila pada mulanya enggan melakonkan babak itu kerana sedang berdepan masalah peribadi namun selepas berbincang beberapa kali secara terbuka akhirnya dia bersetuju dengan meletakkan beberapa syarat agar aksi ranjang itu tidak nampak keterlaluan.
“Dia beritahu kepada saya dan pengarah tidak mahu dihimpap dimana dia tidak boleh kalau saya berada di atasnya. Untuk jayakan babak itu sahaja kami memerlukan 8 ke 9 take kerana Wan Sharmila yang tidak biasa lakonakan aksi sebegitu.
No comments:
Post a Comment