Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, May 30, 2013

Kejam tak buat bayi begini?


Itulah tanggapan  apabila melihat gambar ini buat kali pertama. Bahkan, itulah juga tanggapan beberapa laman sesawang yang turut mengulas isu ini.
Namun, wanita dalam gambar di atas mempunyai alasan kukuh apabila memperlakukan bayi-bayi tersebut begitu. Menurut Lena Fokina, warganegara Rusia, teknik hayunan seperti yang kelihatan dalam gambar di atas (juga dalam video di bawah) adalah sebahagian daripada teknik yoga untuk bayi. Malah, beliau menggunakan teknik senaman bayi ini sebagai perniagaan senaman/latihan/penjagaan bayi di Dahab, Mesir.
Teknik yang dipraktikkan oleh Lena ini dikritik hebat oleh pelayar internet yang menonton videonya. Rata-rata penonton videonya di Youtube/laman sesawang mengutuk aksi yang dilakukan oleh Lena terhadap bayi tersebut. Jadi tidak hairanlah apabila video ini beberapa kali dipadam oleh pihak Youtube kerana menyalahi polisi kandungan yang ditetapkan oleh hos video itu. Malah ada juga yang mendakwa video itu palsu. Saya yang menonton video itu pun turut mempersoal ketulenannya. Adakah video di bawah ini direkayasa atau memaparkan aksi Lena mempraktikkan teknik senaman yoga itu dengan menggunakan bayi sebenar?

Video:




Persoalan itu terjawab dalam satu temu bual antara Nathan Thornburgh, seorang jurublog dan penulis di majalah Time dengan Lena. Kata Lena,  "Bayi itu lahir di wilayah Laut Hitam. Namanya Platona dan dia berusia dua minggu ketika kami merakamkan video itu. Kami melatih banyak bayi seperti Platona di sini. Mereka adalah pembaca awal, penyanyi, pembicara, dan perenang hebat. Sudah tentu anda belum pernah melihat teknik latihan seperti ini di mana-mana! .... Datanglah ke Dahab!"

Realitinya, Lena turut melatih dua orang anak perempuannya dengan teknik yang sama. Kedua-dua anak perempuannya yang kini sudah dewasa turut menjadi instruktur teknik senaman ini.
Anak perempuan Lena Fokina sedang melatih bayi dengan menggunakan teknik senaman ini.


Apabila ditanya tentang asal usul teknik senaman ini, Lena menjawab "Kehidupan yang menciptanya, teknik ini disampaikan kepada kami oleh Igor Borisovich Charkovsky... Sejak 30 tahun lalu, teknik Charkovsky ini telah bertapak di Rusia dan berkembang di sana. Namun, bukan semua orang dapat menerimanya."

Ketika ditanya tentang responnya apabila video kontroversinya dipadam oleh pihak Youtube kerana melanggar polisi kandungan "shocking and disgusting", Lena menjawab, "Apakah mereka menyedari bahawa bayi tersebut tidak menangis, bahkan mereka ketawa. Sistem ini telah dipraktikkan selama lebih tiga puluh tahun di Rusia dan anak-anak yang menjalani senaman ini hidup dengan sihat? Jika anda memerlukan lebih banyak bukti, perkara terbaik yang wajar anda lakukan ialah melawat kami  di sini (Dahab, Mesir)"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive