Pelakon Jehan Miskin masih sukar menyesuaikan diri soal pemilihan makanan dengan isterinya
, wanita Korea iaitu Julie Camelia Rhee setelah hampir tiga minggu mendirikan rumah tangga.
Kata Jehan, 34, kedua-dua mereka kebiasaannya akan tetap mengikut cita rasa masing-masing dari apabila menjamu selera.
"Soal memilih makanan yang menjadi masalah bagi kami. Saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang rare (kurang masak), ‘shahimi’ dan makanan-makanan asli Korea yang lain.
"Isteri pula tidak makan daging kambing atau makanan-makanan Melayu terutama yang pedas cuma ada beberapa makanan seperti nasi lemak dan ‘yong tau foo’ yang dia boleh makan," katanya kepada mStar Online, pada Rabu.
Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi pasangan ini yang sudah lima tahun bercinta.
No comments:
Post a Comment