Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, May 31, 2013

Siti Saleha Pernah Dilanda Kontroversi Bercinta Dengan Syed Adney

images (1)Lelaki mana yang tidak tertarik dengan kejelitaan yang dimiliki aktres Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum?

Bagaimanapun, figura yang bakal muncul menerusi filem Kerat 14, gandingannya bersama aktor tersohor, Aaron Aziz ini mengakui tidak memerlukan perlindungan daripada seorang lelaki dalam kehidupannya.

Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, dalam alam realiti, dirinya tidak sebegitu lemah seperti kebanyakan watak yang pernah dimainkan menerusi drama bersiri TV mahupun filem.

Menuntut kisah cinta daripada gadis jelita yang pernah dilanda kontroversi bercinta dengan seorang penjaga gol bola sepak, Syed Adney iaitu adik kepada pelakon Sharifah Sofea, Siti Saleha memberitahu, dia masih solo dan sehingga kini tidak mempunyai hubungan dengan siapa-siapa.

"Saya masih solo dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki. Itu semua gosip. Bukan saya tidak mahu (bercinta), tetapi tiada siapa yang mahukan saya (ketawa)," katanya berjenaka.

Ujar Saleha lagi, dia kini sangat sibuk dengan jadual penggambaran yang padat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive