KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 20 tahun terpaksa mengorbankan usia mudanya di penjara …
apabila dihukum penjara selama 11 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan rogol.
Mohamad Najibullah Razali, 20, mengaku bersalah merogol wanita yang dikenalinya di facebook.
Tertuduh ketika itu berusia 18 tahun didakwa merogol mangsa sebaya dengannya di kawasan semak Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 1 pagi, 2 Disember 2011.
mangsa yang selesai kerja di sebuah pasar raya di Machang diajak keluar minum sebelum menghantarnya ke rumah.
Lelaki yang hanya tamat persekolahan tingkatan dua itu kemudian memandu kereta milik bapanya menuju ke Pasir Puteh dan berhenti mengambil seorang lelaki pada tengah perjalanan.
Mangsa enggan mengikut, bagaimanapun ditampar sebelum digari ke dalam kereta. Sampai di kawasan semak, dia dirogol. Sekali lagi mangsa melawan, malangnya dia ditampar dan ditolak ke tanah.
No comments:
Post a Comment