Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, May 30, 2013

Suami Yasmin Hani, Shahrin Disangka Gambit La Pulak..

2013-05-30_125711Rambut sama hitam, hati lain-lain. Mata dua pasang, tapi pandangan pun boleh jadik lain-lain jugak.

Haaa... Kelas tak perumpaan Murai Batu ni? Perumpaan ini pun tercetus gara-gara salah faham seorang peminat yang menyangka bahawa Yasmin Hani telah memeluk aktor Gambit Saifullah menerusi artikel Yasmin Hani Umum Hamil Anak Pertama Di Instagram dalam segmen berita Murai pada hari semalam.
Peminat yang menamakan dirinya sebagai leto itu telah mempersoalkan tindakan Yasmin Hani apabila memeluk Gambit Saifullah dalam paparan foto artikel berkenaan. Padahal yang dipeluk Yasmin Hani itu bukannya Gambit tapi suaminya, Shahrin.
Tapi, disebabkan shahrin yang dulunya pernah menganggotai kumpulan Blackrose ini berambut panjang paras bahu seperti mana Gambit dan mukanya pun ada iras Gambit sedikit sepertimana yang dapat dilihat di dalam gambar ini, maka ia telah mencetuskan salah sangka buat peminat bernama leto.
Hinggakan dia telah mengeluarkan komen yang berbunyi:
y gmbar gambit xmen tu peluk ape pulak??!! bikin panazzzz
leto - 28-May-2013
Murai Batu tak salahkan pun leto dia atas salah faham tersebut. Biasalah, kadang-kadang sebagai manusia kita memang akan berdepan dengan situasi tersalah pandang terhadap sesuatu.
Dan, setidak-tidaknya, leto juga membuktikan bahawa dia seorang peminat yang cukup prihatin terhadap perkembangan industri seni hiburan tanah air. Sampaikan Shahrin pun dia fikirkan Gambit Saifullah. Kelas kau Gambit...
Murai Batu harap dengan penjelasan ini, tidak akan ada lagi salah faham yang sama yang timbul di kalangan mereka yang lain di luar sana mengenai foto Yasmin Hani ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive