Tuesday, May 28, 2013

Benang mop dalam tomyam

imageSHAH ALAM – “Saya dah makan separuh ingatkan daun limau purut, tapi bila tekan lembut rupa-rupanya tali mop dalam tomyam,

” demikianlah reaksi seorang penggemar tomyam setelah menemui tali mop dalam hidangan makan malamnya.
Pelanggan, Khairul Anuar Mulim, 28, berkata, dia kesal  tahap kebersihan dan ketidakpekaan pengusaha makanan terhadap makanan disajikan kepada pelanggan mereka.
Menceritakan semula insiden ‘geli’ dialaminya Khairul Anuar berkata, selepas penemuan itu isterinya hilang selera makan dan asyik muntah mengenangkan tali mop dalam tomyam yang dimakannya malam kelmarin.
“Pulang dari kerja petang kelmarin, saya bungkuskan tomyam untuk saya manakala kuew teow ladna untuk isteri untuk makan malam kami berdua.
“Sedang menikmati saya nampak macam tali dalam tomyam saya pada mulanya saya fikirkan urat daun limau purut tetapi bila saya tekan (perah) ia seperti bulu rupanya tali mop lantai,” katanya yang juga seorang penjawat awam kepada Sinar Harian, semalam.
Dia yang kemudiannya, memasukkan semula baki tomyam berkenaan ke dalam plastik lalu dibawanya pergi ke kedai itu semula untuk mendapatkan penjelasan.
“Setibanya di kaunter pembayaran saya buka plastik berkenaan dan mengambil sudu kemudian menunjukkan kepada penjaga kaunter. Saya minta dia teka, katanya ini macam tali mop lantai.
“Saya minta ganti rugi sebagai denda kerana mereka cuai bagaimanapun pengusaha dan tukang masak hanya menjanjikan tom yam diganti dengan yang baru, tetapi saya tolak...saya minta RM100,” katanya.
Namun pengusaha kedai berkenaan tidak melayan kehendaknya dan menyatakan kesediaannya untuk diambil sebarang tindakan undang-undang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive