Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, May 31, 2013

Maya Karin Suka Dan Minat Cerita Romantik

Maya-KarinPelakon jelita, Maya Karin, , memberitahu dia gemar dan berasa selesa apabila diberi peranan berlakon dalam filem bergenre romantik

Maya berkata, dia tidak mempunyai masalah apabila diminta membawakan watak sedemikian kerana sisi sensitif dan kewanitaannya memudahkan dia mendalami sesuatu karektor yang diberikan kepadanya.
“Sebagai seorang wanita yang mempunyai sifat sensitif dan romantik sudah tentu saya sukakan cerita yang bergenre cinta dan romantik dan atas dasar itu juga ia memudahkan saya apabila diminta melakonkan sesuatu watak dalam filem cinta,” ujarnya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.
Pelakon yang popular menerusi filem Cun itu memberitahu, peluang membawa watak Izzah dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali disambut baik kerana ia memberi peluang kepadanya untuk menerokai sisi lembut dalam dirinya.
“Ombak Rindu adalah sebuah filem cinta yang sarat dengan emosi dan melalui watak Izzah itu saya dapat belajar pelbagai sisi lain seorang wanita dan Alhamdulilah saya berjaya melakukannya dan berharap penonton akan menyukai lakonan saya,” katanya.
Maya berkata, novel asal tulisan Fauziah Ashari itu juga telah banyak membantunya mendalami watak Izzah selepas membacanya lebih lapan tahun lalu.
“Ombak Rindu adalah novel Melayu pertama yang saya baca lebih kurang lapan tahun lalu dan ia jugak telah banyak memberi input kepada saya untuk mendalami watak Izah,” ujarnya.
Sementara itu, Maya berkata dia senang bekerja dengan Osman Ali kerana pengarah muda itu yakin dan tahu apa yang dimahukan dalam karyanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive