Thursday, May 30, 2013

Aktres Veteran Itali Meninggal Dunia

Franca-RameMILAN – Aktres veteran Itali, Franca Rame, 84, yang juga isteri kepada pemenang anugerah Nobel, Dario Fo meninggal dunia hari ini,

ujar jurucakap syarikat teater milik pasangan terbabit.

Sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni lebih separuh abad, Rame dan Fo berjaya menghiburkan rakyat Itali dengan persembahan pentas, radio dan televisyen yang menarik hati dan lucu.

Rame telah mengalami strok pada tahun lalu, sering membantu Fo dalam menghasilkan penulisan untuk drama yang diarahkan olehnya selain menjadi aktres utama.

Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 1954. Bagaimanapun punca kematian Rame tidak didedahkan kepada umum.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive