Thursday, May 30, 2013

Apek Direhatkan Sebagai Juri Raja Lawak

Apek-565x325 (1)Berikutan sebutan kes dadah yang melibatkan pelawak terkenal Saiful Apek,

pihak Astro telah membuat keputusan untuk merehatkan Apek daripada program realiti Raja Lawak buat sementara waktu.Apek merupakan juri tetap bagi program tersebut selain daripada Datuk AC Mizal dan Isma Alif.

Menurut Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, keputusan untuk merehatkan Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dibuat bagi membolehkan pelawak itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan.

“Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai,” katanya melalui laporan Harian Metro.

Apek bersama tiga pekerjanya berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive