Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, August 6, 2013

Foto Mazuin,dan Anak-anak Mazuin

Maz 2Kenal tak wajah dibawah nun dan ada mirip-mirip siapa?

Amy Mastura atau Mazwin Hamzah. Ini adalah salah seorang daripada anak perempuan bekas penyanyi kumpulan Quinary M yang agak terkenal satu ketika dahulu iaitu Mazwin Hamzah yang telah berkahwin dengan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pengiran Sufri.

Beliau adalah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah puteri bongsu kepada Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri yang diputerikan pada 23 April 1992.
Mazwin Hamzah berkahwin dengan Pengiran Sufri pada 11 Februari 1987 dengan hantaran perkahwinan satu Juta Ringgit satu nilai yang begitu besar bukan sahaja ketika itu malah kini dan selamanya.

                                 Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah
Walaupun bagaimanapun jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa dan kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari, begitulah jodoh Mazwin Hamzah dengan Pengiran Sufri yang berakhri dengan penceraian sekitar tahun 2003.

Berita penceraian ini begitu mengejutkan  tetapi itulah kenyataannya dan berbagai spekulasi dibuat dan ada menyatakan Muzwin Hamzah berada di Singapura dan menjadi penyanyi disana selepas penceraian tersebut dan berbagai-bagai lagi cerita yang berserabut kepala mendengarnya.

Hasil daripada perkongsian hidup Mazwin Hamzah dan Pengiran Sufri selama 11 tahun telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu seorang Putera YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq dan dua puteri, YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah.

Sebenarnya Mazwin Hamzah masih lagi me

netap di Brunei Darussalam bersama anak-anaknya. Ada masanya beliau berulang alik ke Kuala Lumpur - London dan Singapura.

Beliau menetap di Vila Cinta Membara di Jalan Kustin, Berakas yang merupakan kediaman pertama yang dihadiahkan oleh Pengiran Sufri kepada beliau semasa mula-mula bergelar isteri kepada Pengiran.

Sebelum bercerai beliau menginap di kediaman rasmi di Istana Darul Hana dan berpindah ke rumah pertamanya apabila bercerai dengan Pengiran Sufri.

Beliau mempunyai sebuah "istana" yang lebih mewah dan besar di Jalan Pengiran Babu berhampiran Darul Karamah yang merupakan kediaman rasmi ayahanda dan bonda YTM Pengiran Isteri Pengiran Anak Sarah tetapi tetap memilih rumah pertamanya di Brunei yang lebih serdahana sebagai kediaman beliau.

Hubungan beliau dengan kerabat diraja Brunei masih lagi baik terutamanya dengan KDYMM Raja Isteri yang begitu akrab dan senang dengan beliau.
Saksikan foto anak-anak beliau......

                                     comelkan anak-anak dia....

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive