Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, August 16, 2013

Hafiz Popular, Fatih Seferagic Nikah Hari Ini

Fatih-SeferagicFatih Seferagic, hafiz yang terkenal kerana kemerduan suara mengalunkan ayat suci al-Quran, mengakhiri zaman bujangnya hari ini

. Perkara gembira ini dikongsikan menerusi Facebook beliau, sambil meminta agar keputusannya ini diiringi doa.

Fatih, warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman ini mula menghimpun peminat di seluruh dunia apabila video-video bacaan Al-Quran yang dialunkannya tersebar di Youtube.

Profil unik dimilikinya iaitu bergelar hafiz pada usia semuda 12 tahun selain memiliki wajah kacak melonjakkan lagi namanya dalam kalangan belia Islam. Kini Fatih merupakan Ketua Pemuda di Masjid Syaikh Yassir Brijas di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Populariti dimiliki Fatih turut membawanya ke Malaysia pada 22 Jun 2013 hingga 7 Julai 2013 lalu.

Selamat berbahagia diucapkan kepada Fatih. Semoga dia terus menjadi ikon terbaik buat belia Islam seluruh dunia

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive